Monday 12 December 2011

BERSYUKURLAH KERANA MEYAKINI ISLAMMU

Firman Allah SWT dalam surah al-Ma'un ayat 1-7 yang bermaksud:


"TAHUKAH ENGKAU AKAN ORANG YANG MENDUSTAKAN AGAMA (MELIPUTI HARI PEMBALASAN)?ORANG ITU IALAH YANG MENINDAS SERTA BERLAKU ZALIM KEPADA ANAK YATIM.DAN DIA TIDAK MENGGALAKKAN UNTUK MEMBERI MAKANAN YANG BERHAK DITERIMA OLEHORANG MISKIN.MAKA KECELAKAAN BESAR BAGI ORANG YANG SEMBAHYANG,(IAITU) MEREKA YANG BERKEADAAN LALAI DARIPADA MENYEMPURNAKAN SEMBAHYANGNYA.(JUGA BAGI) ORANG YANG BERKEADAAN RIAK (DALAM IBADAT DAN BAWAANNYA).DAN ORANG YANG TIDAK MEMBERI SEDIKIT PERTOLONGAN (KEPADA ORANG YANG BERHAK KEPADANYA)."




Tujuan utama surah ini diturunkan adalah menerangkan sikap golongan yang mengingkari hari kiamat.Pengingkaran mereka kepada kiamat menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak yatim dan menafikan hak pihak-pihak miskin yang memerlukan bantuan.Menurut Ibn Kathir dalam tafsirnya,sikap pertama golongan yang menafikan hari pembalasan itu ialah mereka yang bertindak zalim ke atas anak-anak yatim.

Setiap perbuatan yang menyebabkan kemudaratan kepada anak-anak yatim yang belum baligh tetapi telah kematian ayah adalah perbuatan haram yang mesti dijauhi.

KELALAIAN YANG DISENGAJAKAN
Selepas itu,surah ini memperjelaskan lebih lanjut tentang karakter golongan ini iaitu orang yang tidak memperdulikan pihak yang miskin.Miskin yang dimaksudkan kali ini menurut salah satu huraian Ibn Jarir dalam tafsirnya ialah golongan yang tidak memiliki sesuatu yang mencukupi untuk menampung keperluan mereka.

Seterusnya pada ayat ke-4 pula menggambarkan kelalaian mereka daripada menunaikan solat.Lalai yang dimaksudkan dalam ayat ini dihuraikan dalam ayat ke-5 dan juga dalam surah yang lain.Ibn Kathir mengemukakan pandangan yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas,Masruq dan Abud Dhuha bahawa lalai yang ditekankan melibatkan 3 bentuk:
  • melaksanakan solat lewat daripada waktu solat yang sebenarnya,atau menundakannya hingga ke akhir waktu.
  • lalai daripada melaksanakannya mengikut ketetapan rukun dak syarat.
  • lalai daripada menghayati kandungan solat.Dalam penggunaan lain dia merujuk kepada ketiadaan khusyuk.
SIFAT YANG DIBENCI
Dapat kita fahami bahawa jika seseorang memiliki satu sifat daripada yang dibenci ALLAH.Sekiranya kesemua sifat itu menghiasi diri,maka sungguh lengkaplah sifat kemunafikan dalam dirinya.Sifat nifak yang terdapat dalam diri orang munafik ini menyebabkan mereka menafikan ALLAH,sekalipun dalam ibadah yang ringan.Tujuannya agar dirinya turut dilabel sebagai muslim sejati,sedangkan dia adalah musuh ALLAH yang sebenar-benarnya.

Golongan ini juga mempunyai sifat suka menunjuk-nunjuk amalannya agar diketahui ramai.Sifat menunjuk-nunjuk ini di kategorikan sebagai riak.Mengenai riak ini,satu hadis menerangkan:"sesiapa yang memperdengarkan amalnya di hadapan orang,maka ALLAH akan menjadikan manusia memandang rendah dan menghinakan kerjanya itu."

KEDEKUT YANG MELAMPAU 
Di akhir surah ini ALLAH mengingatkan kaum mukmin agar menjauhi sikap mementingkan diri sendiri dan bakhil kepada makhluk.Seseorang yang bersikap bakhil ini lazimnya amat bimbang kerosakan hartanya yang dipinjamkan walaupun beliau tidak memerlukan barang tersebut saat diminta dipinjamkan.Kata Ibn Kathir dalam huraiannya terhadap akhiran surah ini,"jika mereka bersikap kedekut sedemikian,sudah tentulah amalan menegeluarkan zakat akan menjadi terlalu berat untuknya."

Moga ALLAH mengurniakan kita iman yang terasa kemanisannya sehingga kita dapat menghindari sifat-sifat kelalaian yang digambarkan dalam surah ini.

INFO SISI:
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"demikianlah solat orang munafik.Dia duduk mengamati matahari.Sehingga matahari berada di antara 2 tanduk syaitan,maka barulah dia (terkial-kial) melaksanakan solat asar mematuk-matuk 4 rakaat,Dia tidak mengingati ALLAH melainkan sikit sahaja."

No comments:

Post a Comment