Monday 12 December 2011

MALU : KALUNGAN MUTIARA MENGHIASI DIRI HAWA


SIFAT MALU ADALAH PEASAAN YANG DAPAT MEMBENTENG SEORANG MUKMIN LELAKI ATAU PEREMPUAN DARIPADA MELAKUKAN PERKARA YANG MENGHANCURKAN DAN MEMUSNAHKAN MARUAH DIRINYA.MALU JUGA MERUPAKAN GAMBARAN AKHLAK TERPUJI SEORANG MUKMIN.MUKMIN YANG MEMILIKI PERASAAN MALU MEMBUKTIKAN DIA MEMILIKI HATI DAN JIWA YANG MURNI.SENTIASA MENJAGA MARUAH DIRI DAN TIDAK SANGGUP MELAKUKAN PERKARA YANG DILARANG OLEH AGAMA.

Oleh itu,malu adalah perisai mukmin.Malu juga satu cabang daripada cabang-cabang iman.Benarlah kata-kata Sayidina Aisyah RA : "sekiranya seorang lelaki itu memiliki sifat malu nescaya dia seorang lelaki yang soleh,dan sekiranya seorang lelaki memiliki sifat keji nescaya dia seorang lelaki yang jahat".Begitu jualah hadis ini ditujukan untuk perempuan mukminah.

INFO AL-QURAN
Surah al-Qasas ayat 25 yang bermaksud : "kemudian salah seorang dari perempuan 2 beradik itu datang endapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata :"sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami."Maka ketika Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya:"janganlah engkau bimbang,engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu."

INFO HADIS
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud,"sesungguhnya bagi setiap agama itu akhlak,dan akhlak islam ialah malu."
Sabda Nabi Muhammad SAW lagi yang bermaksud:"sekiranya kamu tidak berasa malu,maka buatlah apa yang kamu inginkan."

KUPASAN
Renungilah makna ayat yang ke 25 daripada surah al-Qasas ini.Ayat yang menceritakan bagaimana 2 orang puteri Nabi Syuib keluar bekerja dengan memberi minum binatang ternak dan al-quran menggambarkan salah seorang puteri Nabi Syuib yang memelihara maruah diri dengan berbekalkan sifat malu memohon bantuan kepada kaum lelaki iaitu Nabi Musa.
Anak Nabi Syuib keluar bekerja dengan memelihara batas-batas agama dan menjadikan malu sebagai perisai dan dan benteng keimanannya.Dia dikatakan bercakap dengan Nabi Musa sambil menutup mukanya dengan baju atau tangannya.Hadis Rasulullah SAW menggambarkan kepentingan sifat malu kepada umat islam kerana sifat malu merupakan akhlak seorang muslim.Hadis ke-2 merupakan amaran keras kepada muslim kerana tanpa sifat malu pasti mereka akan terjebak dengan dosa.Ini adalah kerana malu kepada Allah adalah benteng daripada melakukan maksiat.

POSITIF
  • sifat malu adalah perisai mukmin daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah.
  • malu adalah akhlak al-quran yang terpuji.
  • memiliki sifat malu adalah bukti mumin yang luhur imannya dan suci jiwanya.
NEGATIF
  • tanpa malu iman seseorang akan rosak.
  • tanpa malu seseorang akan jauh daripada Allah.
  • hidup seseorang akan berada dalam kehinaan.


melalui coretan rasa ini,
marilah kita sama-sama,
merenung kelemahan dan kekurangan diri,
agar liku-liku kehidupan yang kita tidak tahu noktahnya,
akan sentiasa di bawah kasih sayang Ar-Rahman,
sentiasa diberi petunjuk dan curahan hidayah.

seringkali sebagai insan kita alpa tentang hakikat kejadian,
dihidupkan untuk mengabdi namun insan lupa diri,
kesan hitam dosa terpalit di pakaian kita,
jijik dan memualkan.

kita tidak punyai sifat malu,
terutama kepada Allah,
andai kita punyai sifat terpuji ini,
pasti ia akan membenteng diri.

kita tidak punyai sifat malu,
kerana sifat malu kepada Allah akan menjarakkan kita
daripada maksiat,
malu untuk melakukan dosa kerana didikan sifat malu
memberikan kita rasa,
Allah sentiasa melihat dan mengawasi kita,
Allah bersama kita di mana sahaja,
justeru kita malu untuk membuat dosa.

duhai mukmin,
semailah kuntuman malu di taman iman,
agar kembangnya nanti menjadi penyeri,
dan harumannya menjalar dan meresap di sanubari.



No comments:

Post a Comment