Wednesday 14 December 2011

panduan qiamullail

ASSALAMUALAIKUM WBT  …

Alhamdulillah kerana hari ini kita masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan seharian ini..Semoga kita semua sentiasa berada di bawah keredhaan-NYA…amin


Entry kali ini yang saya ingin sampaikan ialah tentang qiamullail…saya tahu ramai di antara kita semua masih tidak tahu bagaimana hendak laksanakan qiamullail pada tengah malam…betul tak??Dont worry,,saya akan beri tips-tips untuk berqiamullail…saya harap tips ini dapat membantu kalian semua…J



PANDUAN QIAMULLAIL

·        Bangun pagi,sapu muka dan berdoa
·        Bersugi
·        Antara solat sunat yang boleh dikerjakan seperti solat sunat tahajud,solat sunat tasbih,solat sunat taubat,solat sunat hajat dan ditutup dengan solat sunat witir.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “solat yang paling baik dikerjakan selepas solat fardhu ialah solat sunat tahajud pada waktu malam.”(riwayat Muslim)

Allah SWT berfirman yang bermaksud:”dan bangunlah pada sebahagian pada waktu malam dan kerjakan sembahyang tahajud padanya,sebagai sembahyang tambahan bagimu;semoga Allah membangkit dan menempatkan kamu di tempat terpuji pada hari akhirat kelak.”(surah al-Isra’ 17:79)

·        Memperbanyakkan istighfar dan berdoa kerana antara waktu yang mustajab berdoa.
·        Sederhanakan suara ketika membaca bacaan dalam solat dan berdoa.
·        Merintih dan menangis di hadapan Allah.
·        Sementara menunggu waktu Subuh,bolehlah diisi dengan membaca al-Quran dan berzikir.
·        Amalan tudak semestinya perlu banyak,yang penting istiqamah.

No comments:

Post a Comment