Friday 6 January 2012

IMPIAN YANG MESTI DICAPAI

SUATU HARI KITA MENJAMAH MAKANAN YANG SANGAT LAZAT.KEENAKANNYA MEMBUATKAN HATI INI SEOLAH-OLAH BERKATA INGIN DIMAKAN KESEMUANYA.MEJA YANG BESAR CUBA DIPENUHI.NAMUN PERUT YANG KECIL MENJADI PENGHALANG.SELESAI SAHAJA KITA MAKAN,PERUT SUDAH MULA MEMULAS.NAFAS SEMAKIN LELAH.BAHKAN PERUT YANG PENUH TIDAK TIDAK MEMBUATKAN KITA TERUJA UNTUK MENYUAP LAGI HIDANGAN WALAUPUN DIJAMU MENU YANG LEBIH MENYELERAKAN.BUKAN TIDAK SEDAP.TETAPI ITULAH DINAMAKAN RESMI PERUT...BILA LAPAR SEMUANYA MANIS,BILA KENYANG SEMUANYA PAHIT.


gambar hiasan
Bagaimana pula dengan pelaku maksiat.Bermula dengan merokok,kemudian arak,berjudi,ke diskodan akhirnya terjebak ke kancah penzinaan.Semua jenis wanita sudah dia gauli.Dari yang berkulit sawo matang,kuning langsat,hinggalah ke hitam berkilat.Lalu akhirnya jika ditanya kepadanya.Apa lagi yang ia mahukan?Adakah tidak merasa bosan.Bukankah klimaks segala maksiat sudah dicapai "KPi"nya?

SYURGA DI DEPAN MATA?
Inilah realitinya dunia.Pada awal,ada juga kesudahannya.Kesimpulannya,anda sama sekali tidak akan mendapatkan kebahagiaan di dunia daripada awal hingga akhir kecuali kesudahan yang mencacatkan !

Jika kita inginkan kebahagiaan tanpa kebosanan carilah di syurga.Namun ramai yang tidak mencarinya hanya kerana ia tidak nampak di hadapan mata.Berapa ramai yang berimaginasi rumah idaman,kereta impian,anak dan keturunan.Namun jarang orang berfikir tentang istana syurga masa hadapan.

Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh al-Bukhari adan Muslim yang bermaksud:"ALLAH berfirman,'Aku telah mempersiapkan syurga bagi hamba-hambaKu yang soleh apa yang mata belum melihat,telinga belum mendengar dan tidak terdetik dalam hati manusia.'"

Perhatikan hadis tersebut.Kata 'a'dadtu' berbentuk kata kerja masa lalu (fi'il madhi) bukan kata kerja masa mendatang (fi'il mudhari'),bermaksud syurga sudah pun dipersiapkan."A'dadtu" bererti ia sudah dipersiapkan sejak suatu zaman.Hadis ini telah diucapkan sejak 1400 tahun yang lalu,dan sejak masa itu telah menggunakan kata kerja masa lalu.Mengapa demikian?

Ini kerana ALLAH sudah bersiap daripada awal untuk menyambut tetamuNYA.Sama seperti bersemangatnya seorang ibu menyiapkan kamar indah dan makanan yang enak untuk menyambut kepulangan anaknya ke tanah air setelah bertahun di luar negara.

Dalam riwayat Turmizi dan Ahmad,sahabat bertanya kepada Nabi SAW:"Wahai Rasulullah,ceritakanlah kepada kami bangunan di dalam syurga."Nabi SAW menjawab;"batu batanya daripada emas dan perak,manakala tanah liatnya daripada kasturi yang amat wangi."

INDAHNYA SYURGA
Gambaran keindahan syurga yang membuatkan penghuninya menjadi sibuk.Tetapi bukan sibuk seperti kesibukan dunia.Hakikatnya sibuk di sana adalah sibuk menikmati nikmat syurga sehingga terlupa sesiapa sahaja.Firman ALLAH SWT dalam surah Yaasin ayat 55 yang bermaksud:"Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan (mereka)"

Bahkan bagi sang pencinta wanita pasti terkesima dengan janji bidadari bagaikan tidak termimpi.Manakan tidak...sekaya mana harta melimpah,mahupun sekacak manakita di dunia.Belum tentu ayat manis kita mampu memikat Ratu Cantik Dunia.Namun jika poket yang kosong tetapi berbekalkan iman yang tebal pasti boleh menemukan kita dengan bidadari syurga.Firman ALLAH SWT di dalam surah al-waqiah ayat 36-37 yang bermaksud:"dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan.Penuh cinta lagi sebaya umurnya."

Para ulama memberi penafsiran bahawa 'sebaya umurnya' bermaksud umurnya sekitar 16 tahun.Manakala 'penuh cinta' bermaksud si bidadari bijak mengambil hati suaminya.Hingga berkata Ibn Qayyim al-Jauziyyah rh.suaminya akan terbuai dengan kata cintanya hingga dia lupa pada syurga dan terus hatinya terpaut kuat pada isterinya.

MEREALISASIKAN IMPIAN
Wahai anak muda.Sesuatu yang memasakkan hati dan mengendurkan maksiat ialah dengan me'mimpi'kan syurga.Jika tidak mampu melawan maksiat,maka bayangkanlah syurga.Lalu katakan pada diri kita."Apakah aku akan rela kehilangan syurga?"Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi hilang dek kerana hanya maksiat selama 1 jam?Bukankah sedetik nikmat di syurga lebih indah dari dunia dan seisinya.

Dalam riwayat Muslim dan Ahmad,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:"Pada hari kiamat didatangkan manusia yang paling bahagia di dunia.Kemudian dia dicelup sedetik ke dalam neraka dan ditanya kepadanya:'Pernahkah kamu melihat kenikmatan di dunia?'Dia menjawab,'Tidak,aku belum pernah melihat kenikmatan sama sekali.'Kemudian didatangkan manusia yang paling sengsara di dunia.Lalu dia dicelup sedetik ke dalam syurga dan ditanya kepadanya:'Pernahkah kamu melihat kesengsaraan di dunia?'Dia menjawab,'Tidak,demi ALLAH aku sama sekali belum pernah melihat kesengsaraan.'

MasyaALLAH.Dengan sedetik celupan di akhirat melupakan bertahun lamanya pengalaman hidup di dunia.Betapa agung nikmat ALLAH pada hamba-hambaNYA yang bermatlamatkan akhirat.Andai ianya cita-cita maka untunglah selamanya.

Beginikah ALLAH menggambarkan syurga?Adaah seindah itu istana takhtanya?Adakah kekasihku di dunia serta bidadariNYA?Jawapan yang pasti sudah tentu tidak.Namun,persoalannya adakah mata kasar kita dapat membayangkan keindahan syurga?Percayalah,sekiranya kita masih dapat membayangkan syurga,maka itu bukanlah syurga yang sebenarnya.Kerana hakikat syurga ialah suatu yang tidak tergambar di mata,tidak terdengar di telinga dan tidak terdetik di hati.Ya ALLAH....saksikanlah bahawa aku sedang angaukan syurga!

No comments:

Post a Comment