Aurat Wanita Dari Al-Quran Dan Hadis
1. Bulu kening 
-Menurut  Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan  bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu  Daud Fi Fathil Bari. 
2. Kaki (tumit kaki) 
-"Dan janganlah  mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui  perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31) 
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki. 
3. Wangian  
-"Siapa  sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum  supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap  melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn  Khuzaimah dan Hibban). 
4. Dada 
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31) 
5. Gigi 
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani) 
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim). 
6. Muka dan Tangan 
-Asma  Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang  tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang  telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali  pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari). 
7. Tangan 
-"Sesungguhnya  kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum  yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan  Baihaqi). 
8. Mata 
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31). 
-Sabda  Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan  lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya  tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi). 
9. Mulut (suara)
-"Janganlah  perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga  berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi  ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32). 
-Sabda  Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang  mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh  bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan  tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah). 
10. Kemaluan 
-"Dan  katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka  menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur :  31). 
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di  bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka  masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya."  (Riwayat Al Bazzar). 
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka  pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan  tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn  Majah). 
11. Pakaian 
-"Barangsiapa memakai pakaian yang  berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari  akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah). 
-"Sesungguhnya  sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi  telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk  melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium  baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang  berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka  bahagian-bahagian tertentu. 
-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada  isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin,  hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang  demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak  diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59). 
12. Rambut 
-"Wahai  anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung  rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di  dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang  bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). 
KERANA KAU BEGITU BERHARGA..
 









 
 
No comments:
Post a Comment